Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Saturday 30 June 2012

Kursus Untuk Staf Sokongan PKG Terengganu





Kursus Peningkatan Profesionalisme untuk staf sokongan PKG Terengganu telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 20 di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan. Kursus yang telah dihadiri oleh hampir ke semua staf sokongan PKG Terengganu ini antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya sifat professionalisme dalam organisasi dikalangan staf sokongan PKG Terengganu. Fasilitator daripada Pusat Kokurikulum Hulu Terengganu yang diketuai oleh En Aminuddin telah membantu untuk mengendalikan kursus ini. Selain daripada itu, ceramah kerohanian bertajuk ’Kerja Sebagai Satu Ibadah’ turut disampaikan oleh En.Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh dari JPN Terengganu. Pensyarah Kanan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Timur  Tengku Abdullah bin Tengku Ismail juga telah menyampaikan ceramah bertajuk ’Semangat Kerja Berpasukan’ dalam kursus ini. Adalah diharapkan kursus ini dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran dalam menjalankan tugas yang  dipertanggungjawabkan.

Friday 29 June 2012

Pemantauan Pembestarian 2012 di Sk Kemat



Tahniah atas kerjasama dari warga SK Kemat yang telah didatangi oleh Pegawai dari BTP iaitu Hj. Mohamad b. Harun dan En. Mohd Yusoff  b. Mis. Semoga dengan Pemantauan Pembestarian Sekolah tahun 2012 kali ini akan memberi penambahbaikan serta impak yang positif terhadap SK Kemat. Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada wakil PKG Peroh dan PKG Tengkawang yang turut membantu dalam Pemantauan ini.

Sunday 17 June 2012

SMART ENGLISH YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN KDSR ZON 3 PEROH HULU TERENGGANU



13.06.2012, Rabu. Pertandingan Pengukuhan Bahasa Inggeris 'SMART ENGLISH' Yayasan Diraja Sultan Mizan KDSR Zone 3 Peroh Hulu Terengganu bagi tahun 2012 telah diadakan di SK Kua yang mana sebanyak 11 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Peserta telah diberi beberapa tugasan antaranya membaca teks setiap seorang dihadapan juri, speling, menjawab soalan, membuat cerita, dan menyanyi dalam kumpulan.

Saturday 16 June 2012

Al_fatihah

Sekadar makluman bersama ahli-ahli PKG Peroh

ibu En.Mohd Soffi b. Othman,Guru Besar SK Felda Tersat (bekas Pegawai BTPN Trg)
telah meninggal dunia pada jam 3.55 petang Jumaat 15 Jun 2012. Al Fatihah ……….

Friday 15 June 2012

Kursus Transformasi PTP PKG Zon Timur






Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Bentong,  Pahang pada  11-14 Jun 2012. Kursus yang disertai oleh hampir ke semua Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Zon Timur itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya transformasi dalam organisasi dikalangan Pegawai PKG Terengganu dan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada peserta dalam pengurusan dan menghadapi cabaran pelanggan. Semasa kursus ini diadakan, beberapa siri ceramah juga diadakan seperti Ceramah Laluan Kerjaya oleh Pn Lok Yim Pheng dari NUTP, ceramah Kerohanian oleh Ustaz Mohd Saiful Azizi Shukri bin Mohd Kassim dari IAB dan ceramah Pengurusan Stress oleh iaitu YM Syed Putra Syed Ali dari IAB. Sesi lawatan Penanda Aras ke 3 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari dan SK Tuanku Fatimah turut diadakan semasa sesi kursus ini. Aktiviti seperti jungle tracking dan treasure hunt turut diadakan oleh pihak penganjur.
Inalillah hi wa inalillahi ro jiun....



Sekadar memaklumkan bahawa En. Zaidan bin Jamaludin ,(26 September 1971 – 15 Jun 2012 ) iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPN Terengganu telah meninggal dunia pada jam 2.00 pagi 15 Jun 2012.


Al Fatihah..

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Sunday 10 June 2012

Pemantauan BTPN Ke PKG Peroh 2012

En.Yusoff Bin Mis bersama En. Rufaifa Bin Abdullah dari unit PKG BTPN Terengganu telah melawat Pkg Peroh pada 05 Jun 2012. Lawatan ini adalah untuk memantau serta melihat keberkesanan pihak Pkg di dalam proses mencapai objektif seperti meningkatkan pengurusan Pusat kegiatan guru secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan dan keadaan fizikal iaitu susun atur dan keceriaan.