Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Monday 30 July 2012

PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH AHLI



30.7.2012, Isnin. PKG Peroh telah mengadakan pemantauan PSS dan ICT didua buah sekolah iaitu SK Felda Mengkawang dan SK Betong yang hanya melibatkan Guru ICT dan Guru Pustaka Media sahaja. pemantauan ini bertujuan untuk melihat penggunaan PSS dan ICT di sekolah dalam membentuk P&P di kalangan pelajar di sekolah tersebut secara tidak langsung  memenuhi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Peroh bagi tahun 2012.

Tuesday 24 July 2012

MESYUARAT PEMANTAPAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI PKG




Mesyuarat Pemantapan Pembestarian Sekolah untuk Pengerusi PKG Terengganu telah diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2012 di Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 59 orang peserta terdiri daripada Pengerusi JKPA PKG Terengganu, Pegawai VOTEK, Pegawai BTPN Terengganu dan PTP PKG Terengganu turut menghadiri mesyuarat tersebut. 

Monday 23 July 2012

MESYUARAT PENGURUSAN GURU PENYELARAS BESTARI /ICT PKG PEROH 2012



15.7.2012, Khamis. PKG Peroh telah mengadakan Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari / ICT kepada guru-guru sekolah dibawah PKG Peroh yang mana telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Peroh

Sunday 22 July 2012

PEGAWAI EXXONMOBIL MELAWAT ETP KUALA BERANG



Tuan Haji Farid bin Jaafar,Pengurus, Hal Ehwal Awam Dan Perhubungan Kerajaan, Subsidiari-Subsidiari  ExxonMobil Di Malaysia telah mengadakan lawatan tapak  ke ETP Kuala Berang pada 18Julai 2012. En.Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan) dengan bersama En. Ahmad Fuad bin Zakaria, Guru Besar SK Kuala Berang telah mengiringi beliau semasa lawatan itu yang bertujuan untuk meninjau progress pembinaan ETP Kuala Berang. Taklimat ringkas juga diadakan semasa tinjauan itu.


KURSUS PENGENDALIAN KHIDMAT BANTU PSS DI PKG UNTUK PTP PKG TERENGGANU


Seramai 22 orang PTP PKG Terengganu telah mengikuti Kursus Pengendalian Khidmat Bantu PSS di PKG bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 15 hingga 17 Julai 2012. Antara kandungan kursus tersebut adalah Pengenalan PSS Abad Ke-21 yang telah disampaikan oleh Encik Ruzlan bin Abd. Ghani, PTP 1 PKG Tengkawang. Slot yang kedua pula adalah Pengenalan Serta Teknikal (Troubleshooting) Aplikasi Sistem iQ-PSS dan i-NILAM yang dikendalikan oleh pembangun sistem itu sendiri iaitu Encik Mohamad Rosni bin Ahmad dan Puan Siti Sarinah bt. Sibun daripada Syarikat BIOS One Sdn. Bhd. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media yang mewakili KPP BTPN Terengganu.

Wednesday 18 July 2012

KHIDMAT BANTU ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULUH 2012


18.07.2012, Rabu. Khidmat Bantu ICT PKG Hulu Terengganu telah diadakan selama 1 hari  di SK Sungai Buluh yang mana melibatkan Juruteknik Komputer FT17 PKG Daerah iaitu PKG Kuala Berang, PKG Peroh dan PKG Tengkawang.

KURSUS PENGENDALIAN KHIDMAT BANTU PSS DI PKG PTP II TERENGGANU





Kursus Pengendalian Khidmat Bantu PSS di PKG untuk Pegawai Teknologi Pendidikan II telah diadakan pada 15-17 Julai 2012 di Demong Beach Resort, Besut Terengganu. Antara pengisiannya adalah Pusat Sumber Abad ke 21 yang disampaikan oleh En Ruzlan bin Abd Ghani (PTP 1 PKG Tengkawang)dan pengenalan serta terknikal i nilam yang disampaikan oleh En Mohamad Rosni bin Ahmad dan Pn Siti Sarinah binti Sibun dari BIOS ONE Sdn. Bhd.

Wednesday 11 July 2012

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011 PERINGKAT BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN




Pada 8 hingga 11 Julai 2012, seramai 9 orang kakitangan BTPN dan PKG Terengganu telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011

Saturday 7 July 2012

PROGRAM KERJASAMA BTPNT-JPNT-KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT



BTPN Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kedutaan Amerika Syarikat telah mengadakan Kursus English Language Specialist untuk guru-guru Bahasa Inggeris pada 4-8 Julai 2012 di BTPN Terengganu. Kursus ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas dan membantu pelaksanaan dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) di sekolah-sekolah negeri Terengganu. Seramai hampir 60 orang guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah menyertai kursus ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Sekolah Menengah Aras Potensi dan kumpulan Sekolah Rendah Elit.

LATIHAN EBOOK DAN KELAS MAYA SEKOLAH MENENGAH

  Latihan eBOOK dan Kelas Maya bagi sekolah menengah telah dilaksanakan pada 4-5 Julai 2012 bertempat di BTPN Terengganu. Bagi kohort ini, daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu (Utara), Marang dan Hulu Terengganu. Pengisian latihan adalah menjurus kepada pengintegrasian eBOOK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan di sekolah menengah. Pendedahan diberi kepada penggunaan mythware dan media baru. Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan perluasan penggunaan eBOOK di sekolah menengah.

LAWATAN MUHIBBAH KE PKG SERI PAYONG

Pada 3 Julai 2012 telah diadakan Lawatan Muhibbah ke PKG Seri Payong, Besut bagi meninjau kesihatan Pegawai Teknologi Pendidikan I, Encik Mamat bin Kifli. Rombongan diketuai oleh Tuan Haji Mohammad bin Harun selaku wakil BAKEP BTPN Terengganu serta beberapa pegawai BTPN Terengganu. Alhamdulillah kesihatan beliau beransur baik namun kesan sampingan menyebabkan pandangan beliau agak terhad dan menyukarkan untuk memandu kenderaan. Diharapkan beliau akan bertambah sembuh dan dapat bersama-sama dengan semua warga BTPN dan PKG Terengganu dalam semua aktiviti yang dijalankan.



MESYUARAT PELAPORAN PENCAPAIAN SKT SETENGAH TAHUN

Mesyuarat Pelaporan Pencapaian SKT Setengah Tahun 2012 BTPN Terengganu dan PKG Terengganu telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua pegawai BTPN Terengganu dan PKG Terengganu. Mesyuarat ini penting bagi memberi pandangan dan komen penjurusan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam setengah tahun pertama bagi tujuan penambahbaikan dalam menterjemahkan Sasaran Kerja Tahunan 2012 dalam merancang, melaksana, memantau, menilai, mengurus dan melapor pelaksanaan dasar teknologi pendidikan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pembestarian sekolah di peringkat negeri. Mesyuarat ini akan memberi peluang kepada pihak BTPN dan PKG Terengganu untuk menyemak semula pelaksanaan projek-projek pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat negeri bagi memastikan ianya bertepatan dengan matlamat projek.




Tuesday 3 July 2012

KARNIVAL BUKU TERENGGANU


KURSUS PEMANTAPAN FT17 SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU

Kursus Pemantapan Juruteknik Komputer Sekolah Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di BTPN Terengganu bermula 25 hingga 27 Jun 2012 dan diurusetiakan oleh Unit Intervensi ICT, Kajian Penilaian. Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator daripada Unit Perkhidmatan ICT, PTP PKG Durian Burong dan FT17 PKG Peroh dan PKG Langkap. Kursus selama tiga hari ini memberi pendedahan tentang kemahiran ICT kepada Juruteknik Komputer Sekolah. Pendedahan yang diberikan berkaitan Peranan dan Tanggungjawab Juruteknik, Aplikasi Web Server, SSQS, STS, Google Documents dan kemahiran teknikal troubleshooting peralatan ICT. Semoga kursus yang dihadiri oleh 29 orang peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam tugas masing-masing.