Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Sunday 9 December 2012

BENGKEL PEMANTAPAN TEKNIK BACAAN BAHAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU BAHASA INGGERIS



Hampir 140 orang guru – guru Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Tahap 1  Daerah Besut,Kemaman dan Hulu Kuala Terengganu telah menyertai bengkel teknik bacaan bahan Bahasa Inggeris yang telah diadakan di BTPN Terengganu  pada 3 dan 4 Disember 2012.Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk bagi meningkatkan  lagi kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas dalam membantu pelaksanaan MBMMBI di sekolah-sekolah Rendah Negeri Terengganu untuk guru-guru Bahasa Inggeris Tahap 1.Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd telah dikendalikan oleh En.Kostas Pexos yang berasal dari Canada dan menetap diGreece .Beliau telah hampir 8 tahun berkecimpung di dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di negara – negara Eropah dan Asia. Perisian komputer dan Modul seperti ’Get Smart’ dan ’BELT’adalah antara bahan yang digunakan semasa sesi  ceramah beliau.Bengkel ini adalah sebahagian daripada Projek TERIC 2012 dan ia ditaja sepenuhnya oleh pihak Exxonmobile.

BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI


Bengkel SistemPengurusanKualiti (SPK) telah diadakan pada 2 hingga 3hb Disember 2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. 28 orang Pasukan Petugas Kualiti BTPN Terengganu telah didedah kan dengan ilmu pengurusan kualiti untuk menambah baik kecekapan dan kebolehan dalam menguruskan organisasi ke arah yang lebih cemerlang. En Adenan bin Abd.Hamid, Penolong Pengarah dari BTPN Kedah telah dijemput hadir bagi menyampaikan ceramah dan tunjuk cara Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan dengan lebih efisien,mengurangkan Tindakan Pembetulan, pengenal pastian tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil dan menyediakan kaedah dokumentasi yang sistematik. Bengkel ini juga penting bagi membantu pegawai memahami keperluan mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008 yang telah diperolehi dalam memenuhi piawaian antarabangsa sebagaimana hasrat KPM yang ingin menjadikan pengurusan pendidikan bertaraf dunia.

PROGRAM SMARTPARTNERSHIP JPN KEDAH DAN BTPN TERENGGANU


Pada 1 hingga 3hb Disember 2012, JPN Kedah telah mengadakan sesi perkongsian pintar di BTPN Terengganu.Peserta-peserta lawatan terdiri adalah seramai 46 orang deligasi dari JPN dan PPD Pengurusan Sekolah  negeri Kedah . Rombongan JPN Kedah ini diketuai oleh En. Amry bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Data dan ABM Rendahat.Taklimat berkaitan BTPN Terengganu dan projek-projek Inovasi BTPN Terengganu telah diberikan kepada ahli rombongan berkenaan oleh En.Azmi bin Senik, Pegawai TeknologiPendidikan UPKK. Para peserta lawatan seterusnya bergerak mengunjungi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi memenuhi acara lawatan tersebut.Mereka juga telah mengambil kesempatan melawat beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu sebelum bertolak ke Kelantan.

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN BTP


Pada 19 hingga 21 November 2012 telah diadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. BTPN Johor telah diberikan penghormatan menganjurkan Konvensyen ini oleh pihak BTP ibu pejabat. BTPN Terengganu telah mempertaruhkan projek inovasi yang bertajuk "I-Nilai" menerusi kumpulan My-ISO telah membentangkan projek dalam konvensyen tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan kerana telah menerima anugerah Pembentang Terbaik. Berikut adalah keputusan Konvensyen berkenaan.
Berikut adalah keputusan akhir pertandingan:
Persembahan TerbaikPasukan J'Smart dari BTPN Johor
Pembentang TerbaikTn Hj Wan Mohd Zuhaidi b Wan Hassan dari BTPN Terengganu
Inovasi TerbaikPasukan BBrains dari BTPN Selangor
Johan KIKPasukan J'Smart BTPN Johor
Naib JohanPasukan ARUS BTPN Kedah
KetigaPasukan i-Tech BTPN Negeri Sembilan

MESYUARAT SKT 2013 BTPNT


Mesyuarat SKT BTPN-PKG Terengganu untuk 2013 telah dilaksanakan pada 20 hingga 22 November 2012 di Hotel Cityview, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini dihadiri oleh hampir semua pegawai BTPN dan PKG Terengganu. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan SKT 2012 bagi BTPN dan PKG Terengganu. Di samping itu perancangan SKT 2013 dan Takwim 2013 juga telah dibuat bagi persediaan kepada program dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan.