Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Wednesday 16 November 2016

Keputusan UPSR Diumumkan

Hari ini 17.11.2016 merupakan hari keputusan UPSR 2016 akan diumumkan. Pastinya perasaan berdebar-debar dialami oleh semua calon yang telah menduduki ujian. Kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, TAHNIAH diucapkan atas kecemerlangan anda. Dan yang kurang berjaya JANGANLAH ANDA BERPUTUS ASA. Teruskanlah usaha anda untuk menggapai kecemerlangan kerana peluang anda untuk berjaya masih luas. GOOD LUCK...

Saturday 5 November 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Peroh Bil 02/2016

Bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Peroh, bertarikh 03.11.2016 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil 2/2016. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari BTPN, PPD Hulu Terengganu, dan 20 orang Pengetua dan Guru Besar ahli PKG Peroh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengetua SMK Landas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Peroh.Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir.