Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Thursday 11 April 2013

KURSUS PENGATURCARAAN PHP MYSQL


Kursus Pengatucaraan PHP dan Pangkalan Data MYSQL untuk Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG Terengganu telah diadakan pada 7 hingga 10 April 2013 di Makmal Komputer BTPN Terengganu. Kursus ini telah dihadiri oleh hampir kesemua PTP 22 PKG negeri Terengganu. Penceramah, Tuan Haji Abdul Rahman Giman dari Modi Comm Enterprise telah mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman beliau dalam menggunakan MySQL dan PHP. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan latihan 100 peratus secara praktikal untuk membangunkan sebuah sistem menggunakan PHP & MySQL di samping menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam membina sistem pangkalan data untuk tujuan tugas-tugas rasmi organisasi.

LAWATAN KERJA KE SINGAPURA


Pada 2 hingga 4 April 2013, seramai enam orang pegawai BTPN dan PKG Terengganu termasuk Ketua Penolong Pengarah bersama-sama dengan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menyertai Lawatan Kerja Kongsi Pengalaman ke dua buah sekolah maya di Republik Singapura iaitu Crescent Girls' School dan Nanyang Girls' High School. Banyak pengalaman yang diperolehi daripada lawatan kerja ini terutamanya dalam bidang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu disertai oleh Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Sektor dan beberapa orang pegawai serta sekolah-sekolah yang terlibat secara langsung dalam kelas maya di Terengganu. Semoga ilmu yang ditimba dapat memberikan manfaat dan daya saing yang baru dalam pelaksanaan kelas maya di Negeri Terengganu khususnya.

ZIARAH STAF PKG DI HSNZ


Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tuan Haji Alias bin Talib, telah berkunjung ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu baru-baru ini bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Cik Rosna'imah Ismail, Pembantu Tadbir (N17) PKG Kuala Berang yang dimasukkan ke wad hospital tersebut. Turut sama adalah rombongan BAKEP.

KHIDMAT BANTU PSS KEBANGSAAN 2013




SMK Tengku Mahmud, Besut telah terpilih mewakili negeri Terengganu ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun bertempat di BTPN Negeri Sembilan. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Terengganu, PKG Daerah berserta Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah daerah Besut telah mengadakan Program Khidmat Bantu yang bermula pada 2 hingga 4 April 2013. Antara khidmat bantu yang diberikan adalah seperti Fizikal PSS, Pengurusan Fail, Program NILAM, Pengurusan PSS dan lain-lain berpandukan instrumen penilaian. Khidmat bantu ini merupakan persediaan awal pihak sekolah dalam menghadapi hari penghakiman yang dijangka bermula pada 15 April 2013.

Sunday 31 March 2013

SURAT MAKLUMAN BAYARAN INTERNET TEMPOH INTERIM


[Surat Makluman daripada BTPN Terengganu dan Punca Kuasa daripada TKPPM]

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN DAN ANUGERAH TOKOH NILAM


Pada 21 Mac 2013, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN dan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu. Majlis tiga dalam satu ini diadakan di Prinzpark Hotel, Kuala Ibai bagi memberi pengiktirafan kepada pegawai dan staf BTPN dan PKG Negeri Terengganu. Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2013 juga telah dinobatkan pada hari berkenaan. Bagi Anugerah PKG Cemerlang telah disandang oleh PKG Tok Jiring (Berbangunan) dan PKG Bukit Payong (Berbangunan Khas). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu. Tahniah kepada semua penerima anugerah.
TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (SR) | NURUL SYARAFINA BINTI AB. RAHIM | SK TG. MAHMUD, BESUT 
TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (SM)| MUHAMMAD ABDULLAH BIN MOHAMAD FADZIL | SMK TG. INTAN    ZAHARAH, DUNGUN
TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS (SR)| NAFIESSA ALYA BINTI MOHD NAJIB | SK SULTAN ISMAIL, KEMAMAN
TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS (SM) | ANAS BIN MOHAMAD DAUD | SM IMTIAZ, DUNGUN