Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Tuesday 30 June 2015

PERHIMPUNAN BULANAN BTPN TERENGGANU





Perhimpunan Bulanan BTPN Terengganu telah diadakan pada 28 Jun 2015. Perhimpunan Bulanan kali ke empat untuk tahun ini melibatkan semua Pegawai Ikhtisas dan Staf Sokongan BTPN dan PKG Terengganu.Disamping mendengar ucapan daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn.Hj.Alias bin Talib, sesi perkongsian ilmu turut diadakan yang telah disampaikan oleh Tn.Hj.Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan. Penyampaian cenderamata Hari Lahir oleh BAKEB turut diadakan pada hari itu.

SESI BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU




Satu Program Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu 2015 telah diadakan pada 23 Jun 2015 (Selasa) di Bilik Seminar, BTPN Terengganu. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin telah hadir pada program ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan memperkasakan transformasi pendidikan melalui teknologi pendidikan. Beliau mengucapkan tahniah di atas penglibatan BTPN Terengganu dalam bersama memartabatkan pendidikan di negeri ini.

NICTSeD : CyberSAFE Challenge Tropy 2015 Peringkat Negeri Terengganu



BTPN Terengganu, 28 Julai - Telah berlangsung satu pertandingan debat ICT anjuran Siber Security Peringkat Negeri Terengganu dimana 6 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Sekolah yang menyertai ialah SM Imtiaz Dungun, SMK Sultan Ismail 2 Kemaman, SMK Tengku Intan Zaharah Dungun, SM Sains Setiu, SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Sains Kuala Terengganu. Seramai 2 pegawai dari PPD dan 6 guru yang terpilih telah dilantik menjadi hakim dalam pertandingan tersebut. Johan pertandingan debat telah disandang oleh SMK Sultan Ismail 2, Kemaman mana naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn Hj Alias bin Talib bersama wakil dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tuesday 2 June 2015

Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2014






Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2014 telah diadakan di Dewan Besar,BTPN Terengganu pada 30 Mac 2015 (Isnin).Majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada sekolah dan warga pendidik di negeri Terengganu .Sebanyak 24 Kategori hadiah telah disampaikan pada hari berkenaan oleh Yang Berhormat, En.Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu.

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU





Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 23 – 26 Mac 2015bertempat di BTPN Terengganu. Setiap daerah telah menghantar empat orang wakil bagi mewakili daerah masing-masing di peringkat ini. Pemilihan ini diurus-setiakan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.Berikut adalah keputusannya.Kategori BM – sekolah Rendah,NURIN AISYA BT MAT YUSOF SK BUKIT PERAH ,Kategori BI – sekolah Rendah ADRIANA INSYIRA BT AZRAN AMIN SK SULTAN SULAIMAN I ,Kategori BI – sekolah Menengah MUHAMMAD SYAMIL HANAFI B. MOHD ZAMREE SMK TENGKU INTAN ZAHARAH ,Kategori BM – sekolah Menengah WAN MUHAMMAD AIMAN HAZIMIN B. WAN MOHD ZUFERI SMK SULTAN ISMAIL II

ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU 2014



Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2014 telah diadakan di Bilik Seminar BTPN Terengganu pada 22 Mac 2015 (Ahad).Majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada warga BTPN dan PKG Terengganu .Hampir 20 Kategori hadiah telah disampaikan pada hari berkenaan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia, Tn.Hj.Zaidi Yazid. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Votek Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengerusi JKPA PKG turut diadakan.Semoga anugerah ini membantu meingkatkan motivasi diri warga BTPN dan PKG Terengganu.

SESI PENUTUPAN AUDITAN NAZIRAN ESPKB


Sesi penutupan Auditan Naziran eSPKB telah diadakan pada Khamis 14 Mei 2015. Pasukan Audit yang diketuai oleh En Zakaria bin Jusoh telah membentangkan penemuan dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan  oleh Unit Kewangan dan Perolehan dan juga makluman kepada warga BTPN Terengganu.Penutupan Auditan Naziran eSPKB bagi pengauditan baucer – baucer bayaran April 2014 hingga Mac 2015 di BTPN Terenganu yang telah dilaksanakan pada 5 dan 6 April 2015 oleh Pasukan Audit Naziran, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Terengganu.

SELAMAT BERTUGAS




YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang mantan Penolong Pengarah,Unit Pengurusan Strategik, BTPN Terengganu telah memulakan tugas beliau di SMK Jeram,Kuala Terengganu sebagai GPK Kokurikulum pada 20 Mei 2015. Pihak pengurusan SMK Jeram, Kuala Terengganu telah mengadakan satu sesi sambutan bagi meraikan kehadiran beliau sebagai warga baharu di sekolah itu.Satu sesi taklimat berkaitan sekolah telah diadakan oleh pihak pengurusan kepada ahli rombongan dari BTPN Terengganu. Semoga beliau dapat menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran kerja yang baru.Selamat maju jaya.

PERHIMPUNAN BULANAN BTPN TERENGGANU



Perhimpunan Bulanan BTPN Terengganu telah diadakan pada 24 Mei 2015. Perhimpunan Bulanan di urusetiakan oleh Unit Kewangan dan Perolehan yang diketuai oleh Penolong Pengarah,En.Nize Muhammad.Program ini melibatkan hampir semua Pegawai IkhtisasBTPN dan PKG Terengganu.Selain mendengar Amanat dari Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn.Hj.Alias bin Talib ,penyampaian hadiah untuk kumpulan KIK BTPN Terengganu dan cenderamata hari lahir turut diadakan pada hari berkenaan.

MESYUARAT MBJ BTPN TERENGGANU BIL. 1 / 2015



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BTPN Terengganu kali ke 1/2015 telah diadakan pada 24 Mei 2015.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KPP BTPN Terengganu, Tn.Hj Alias bin Talib ini telah melibatkan hampir kesemua pegawai ikhtisas dan kakitangan sokongan BTPN Terengganu dan PKG Negeri Terengganu.Antara objektif mesyuarat ini adalah bagi memberi peluang kepada semua pegawai dan staf mengemukakan pandangan, cadangan dan maklumbalas ke arah penambahbaikan dalam sistem sistem penyampaian organisasi BTPN Terengganu dan serta membincangkan isu-isu semasa dan cadangan penyelesaiannya.

MAJLIS SEKALUNG BUDI



Kemeriahan dan kesedihan adalah seiring ketika Majlis Sekalung Budi buat bekas pegawai dan staf sokongan BTPN dan PKG Terengganu yang telah bertugas di tempat yang baru. Majlis kendalian BAKEB BTPN Terengganu ini telah diadakan di Motel Desa,Kuala Terengganu pada Ahad,24 Mei 2015. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Untuk makluman majlis ini meraikan persaraan Tn,Hj.Mohamad bin Harun,Pn. Raihanah bt Mohd, pertukaran YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang,En. Amiruddin bin Mohamed,En.Abu Bakar bin Abd Rashid ,Pn. Ramlah bt. Ab. Ghani dan En.Syamaiza bin Shaffie.Warga BTPN dan PKG Terengganu merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan budi yang telah ditaburkan sepanjang berkhidmat di BTPN dan PKG Terengganu. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran kerja yang baru.Selamat maju jaya.

MAJLIS PELANCARAN APLIKASI PSS ANDROID AppsMaarif



Majlis Pelancaran Aplikasi PSS Android, AppsMaarif telah diadakan pada 27 Mei 2015 (Rabu) di Dewan Dato’ Bentara Luar SMA Maarif, Besut, Terengganu. Projek ini merupakan Projek Inovasi Kolaboratif Pintar Bersama UMT dan BTPN Terengganu. Majlis ini disempurnakan oleh wakil kepada Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Untuk makluman, aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar SMA Maarif dalam menggunakan bahan – bahan perpustakaan tanpa batasan waktu dan fizikal.

ANUGERAH KHAS EXXONMOBIL 2014



Tiga orang guru yg terlibat sebagai Fasilitator English Theme Park (ETP) telah menerima Anugerah Guru Unggul Exxonmobil Kategori Anugerah Khas pada satu majlis anjuran Exxonmobil di Riyaz Heritage Spa Resort Pulau Duyung, Kuala Terengganu pada 27 April 2015. Penerima Anugerah Khas tersebut adalah Pn. Rosliza Hamzah dari SK Mengabang Telipot,(ETP Kuala Terengganu), En.Mohd Razapi bin Abd. Ghani dari SMK Landas (ETP Kuala Berang)danSunita bt Mohd Ariffin ,SK Kemasek( ETP Kemasek). Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato Zubir Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Terengganu.