Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Wednesday 28 September 2016

Mesyuarat Guru Besar KDSR 3 & Taklimat MSKPP Hulu Terengganu

Tarikh       :   28 September 2016 (Rabu)
Masa        :   9.00 pagi
Tempat     :   Bilik Mesyuarat PKG Peroh
Pengerusi  :   En. Ezani Bin Mohd Yusof

Sunday 25 September 2016

Khidmat Bantu TV PSS di SK Menerong

Pada 25.09.2016, PKG Peroh telah mengadakan Khidmat Bantu Sekolah iaitu dengan membuat satu Bengkel TV PSS bertempat di Makmal Komputer SK Menerong. PKG Peroh turut memanggil beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan SK Menerong bagi turut sama mengikuti bengkel ini.

Wednesday 21 September 2016

KHIDMAT BANTU SEKOLAH

20.09.2016 : Kakitangan PKG Peroh telah ke SK Pereh bagi menyelesaikan masalah configurasi internet dan membuat satu sambungan LAN dari makmal komputer ke pejabat sekolah dengan dibantu oleh kakitangan sekolah tersebut.

BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN TV PSS DAERAH HULU TERENGGANU

Bertempat di Bilik Seminar PKG Peroh telah diadakan Bengkel Penyediaan Bahan TV PSS Daerah Hulu Terengganu Tahun 2016. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini iaitu 18.09.2016 - 19.09.2016 telah melibatkan 30 orang Guru Pusat Sumber Sekolah di bawah PKG Peroh dan PKG Kuala Berang. Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Teknolgi Pendidkan I PKG Peroh iaitu En. Mohd Faizul Bin Omar. Antara slot bengkel pada hari pertama adalah pengenalan TV PSS, mencipta nama dan logo untuk TV PSS, perkongsian hasil nama serta logo TV PSS dan mendaftar akaun email dan channel youtube untuk TV PSS. Pada hari kedua pula ialah pengenalan berkaitan montaj TV PSS, mencipta montaj untuk TV PSS dan perkongsian hasil montaj oleh peserta. Fasilitator yang terlibat adalah Pegawai Teknologi Pendidikan II PKG Peroh dan PKG Kuala Berang.
Antara logo TV PSS yang berjaya dihasilkan oleh peserta