Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Sunday 25 December 2016

PENARAFAN PKG TAHUN 2016

Oleh : UNIT PENGURUSAN STRATEGIK, BTPN TERENGGANU

Tarikh  :  22 Disember 2016 (Khamis)
Masa   :  2.00 petang

Wednesday 16 November 2016

Keputusan UPSR Diumumkan

Hari ini 17.11.2016 merupakan hari keputusan UPSR 2016 akan diumumkan. Pastinya perasaan berdebar-debar dialami oleh semua calon yang telah menduduki ujian. Kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, TAHNIAH diucapkan atas kecemerlangan anda. Dan yang kurang berjaya JANGANLAH ANDA BERPUTUS ASA. Teruskanlah usaha anda untuk menggapai kecemerlangan kerana peluang anda untuk berjaya masih luas. GOOD LUCK...

Saturday 5 November 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Peroh Bil 02/2016

Bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Peroh, bertarikh 03.11.2016 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil 2/2016. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari BTPN, PPD Hulu Terengganu, dan 20 orang Pengetua dan Guru Besar ahli PKG Peroh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengetua SMK Landas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Peroh.Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir.

Wednesday 28 September 2016

Mesyuarat Guru Besar KDSR 3 & Taklimat MSKPP Hulu Terengganu

Tarikh       :   28 September 2016 (Rabu)
Masa        :   9.00 pagi
Tempat     :   Bilik Mesyuarat PKG Peroh
Pengerusi  :   En. Ezani Bin Mohd Yusof

Sunday 25 September 2016

Khidmat Bantu TV PSS di SK Menerong

Pada 25.09.2016, PKG Peroh telah mengadakan Khidmat Bantu Sekolah iaitu dengan membuat satu Bengkel TV PSS bertempat di Makmal Komputer SK Menerong. PKG Peroh turut memanggil beberapa buah sekolah yang berdekatan dengan SK Menerong bagi turut sama mengikuti bengkel ini.