Bertempat di Bilik Seminar PKG Peroh telah diadakan Bengkel
Penyediaan Bahan TV PSS Daerah Hulu Terengganu Tahun 2016. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini iaitu 18.09.2016 - 19.09.2016
telah melibatkan 30 orang Guru Pusat Sumber Sekolah di bawah PKG Peroh
dan PKG Kuala Berang. Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Teknolgi Pendidkan I PKG Peroh iaitu En. Mohd Faizul Bin Omar. Antara slot bengkel pada hari pertama adalah
pengenalan TV PSS, mencipta nama dan logo untuk TV PSS, perkongsian
hasil nama serta logo TV PSS dan mendaftar akaun email dan channel
youtube untuk TV PSS. Pada hari kedua pula ialah pengenalan berkaitan
montaj TV PSS, mencipta montaj untuk TV PSS dan perkongsian hasil montaj
oleh peserta. Fasilitator yang terlibat adalah Pegawai Teknologi
Pendidikan II PKG Peroh dan PKG Kuala Berang.
|
Antara logo TV PSS yang berjaya dihasilkan oleh peserta |