Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Sunday, 9 December 2012

MESYUARAT SKT 2013 BTPNT


Mesyuarat SKT BTPN-PKG Terengganu untuk 2013 telah dilaksanakan pada 20 hingga 22 November 2012 di Hotel Cityview, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini dihadiri oleh hampir semua pegawai BTPN dan PKG Terengganu. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan SKT 2012 bagi BTPN dan PKG Terengganu. Di samping itu perancangan SKT 2013 dan Takwim 2013 juga telah dibuat bagi persediaan kepada program dan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

Tuesday, 2 October 2012

HARI KELUARGA BTPN/PKG TERENGGANU 2012



Badan Kebajikan (BAKEP), BTPN Terengganu telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2012 yang diadakan di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Majlis berlangsung pada 29 September 2012 bermula pada jam 8.30 pagi dengan aktiviti pertama iaitu senamrobik. Pelbagai acara sukaneka telah disediakan oleh pihak urus setia khususnya melibatkan penyertaan dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa. Tuan KPP juga turut sama menyertai sukaneka yang diadakan termasuklah hampir kesemua hadirin mengambil bahagian. Hadiah dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alias bin Talib. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program Hari Keluarga 2012 ini. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

KURSUS FROG VLE FASA 1 UNTUK SEKOLAH CHAMPION


Kursus FROG VLE Fasa 1 untuk Sekolah Champion telah diadakan pada 20 September 2012 di PKG Durian Burung, Kuala Terengganu. Fasilitator dari Frog Asia diketuai oleh Pn. Usha telah menyampaikan pengisian kursus berkenaan semasa sesi itu. Tujuh buah sekolah yang terlibat dengan kursus Fasa 1 ini adalah SM (Sains) Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, SK Paya Bunga, Kuala Terengganu, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu, SK Telok Kalong, Kemaman, SK Pulau Serai, Dungun dan SK Batu 48, Dungun.

Tuesday, 28 August 2012

INSTRUMEN PEMANTAUAN PKG 2012


Selasa, 28.8.2012. Pegawai perhubungan daripada BTPN Terengganu diketuai oleh Pn. Raihanah bt Mohd telah datang ke PKG Peroh untuk melaksanakan pemantauan PKG bagi tahun 2012. diantara pemantauan yang telah dibuat oleh pegawai tersebut adalah buku senarai tugasan harian, buku log kehadiran dan keluar masuk PKG, Rekod kehadiran iPejabat dan kualiti peribadi staf PKG Peroh.

Saturday, 25 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN











Mesyuarat Penyelarasan Kursus Frog VLE di bawah Projek 1BestariNet telah diadakan di bilik Persidangan BTPN Terengganu pada 13 Ogos 2012. Ia dihadiri oleh Ketua Sektor Unit ICT JPN Terengganu, En. Nasir Ismail, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn Hj Alias Talib, Ketua Penolong Pengarah SPA, Tn Hj Aziz Mohamad, pegawai-pegawai Unit ICT JPNT, Pegawai-Pegawai VOTEK PPD Terengganu dan Pegawai-Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan status terkini berkaitan Projek 1BestariNet di sekolah-sekolah Terengganu selain ia juga membincangkan program-program latihan berkaitan VLE yang akan diadakan di semua sekolah seluruh Terengganu.