Sesi penutupan Auditan Naziran eSPKB telah diadakan pada Khamis 14 Mei 2015. Pasukan Audit yang diketuai oleh En Zakaria bin Jusoh telah membentangkan penemuan dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh Unit Kewangan dan Perolehan dan juga makluman kepada warga BTPN Terengganu.Penutupan Auditan Naziran eSPKB bagi pengauditan baucer – baucer bayaran April 2014 hingga Mac 2015 di BTPN Terenganu yang telah dilaksanakan pada 5 dan 6 April 2015 oleh Pasukan Audit Naziran, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Terengganu.
Perancangan Aktiviti
Tuesday, 2 June 2015
SELAMAT BERTUGAS
YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang mantan Penolong Pengarah,Unit Pengurusan Strategik, BTPN Terengganu telah memulakan tugas beliau di SMK Jeram,Kuala Terengganu sebagai GPK Kokurikulum pada 20 Mei 2015. Pihak pengurusan SMK Jeram, Kuala Terengganu telah mengadakan satu sesi sambutan bagi meraikan kehadiran beliau sebagai warga baharu di sekolah itu.Satu sesi taklimat berkaitan sekolah telah diadakan oleh pihak pengurusan kepada ahli rombongan dari BTPN Terengganu. Semoga beliau dapat menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran kerja yang baru.Selamat maju jaya.
PERHIMPUNAN BULANAN BTPN TERENGGANU
Perhimpunan Bulanan BTPN Terengganu telah diadakan pada 24 Mei 2015. Perhimpunan Bulanan di urusetiakan oleh Unit Kewangan dan Perolehan yang diketuai oleh Penolong Pengarah,En.Nize Muhammad.Program ini melibatkan hampir semua Pegawai IkhtisasBTPN dan PKG Terengganu.Selain mendengar Amanat dari Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn.Hj.Alias bin Talib ,penyampaian hadiah untuk kumpulan KIK BTPN Terengganu dan cenderamata hari lahir turut diadakan pada hari berkenaan.
MESYUARAT MBJ BTPN TERENGGANU BIL. 1 / 2015
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BTPN Terengganu kali ke 1/2015 telah diadakan pada 24 Mei 2015.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KPP BTPN Terengganu, Tn.Hj Alias bin Talib ini telah melibatkan hampir kesemua pegawai ikhtisas dan kakitangan sokongan BTPN Terengganu dan PKG Negeri Terengganu.Antara objektif mesyuarat ini adalah bagi memberi peluang kepada semua pegawai dan staf mengemukakan pandangan, cadangan dan maklumbalas ke arah penambahbaikan dalam sistem sistem penyampaian organisasi BTPN Terengganu dan serta membincangkan isu-isu semasa dan cadangan penyelesaiannya.
MAJLIS SEKALUNG BUDI
Kemeriahan dan kesedihan adalah seiring ketika Majlis Sekalung Budi buat bekas pegawai dan staf sokongan BTPN dan PKG Terengganu yang telah bertugas di tempat yang baru. Majlis kendalian BAKEB BTPN Terengganu ini telah diadakan di Motel Desa,Kuala Terengganu pada Ahad,24 Mei 2015. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Untuk makluman majlis ini meraikan persaraan Tn,Hj.Mohamad bin Harun,Pn. Raihanah bt Mohd, pertukaran YM Tengku Muhammad Abdussalam bin Tengku Awang,En. Amiruddin bin Mohamed,En.Abu Bakar bin Abd Rashid ,Pn. Ramlah bt. Ab. Ghani dan En.Syamaiza bin Shaffie.Warga BTPN dan PKG Terengganu merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan budi yang telah ditaburkan sepanjang berkhidmat di BTPN dan PKG Terengganu. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran kerja yang baru.Selamat maju jaya.
MAJLIS PELANCARAN APLIKASI PSS ANDROID AppsMaarif
Majlis Pelancaran Aplikasi PSS Android, AppsMaarif telah diadakan pada 27 Mei 2015 (Rabu) di Dewan Dato’ Bentara Luar SMA Maarif, Besut, Terengganu. Projek ini merupakan Projek Inovasi Kolaboratif Pintar Bersama UMT dan BTPN Terengganu. Majlis ini disempurnakan oleh wakil kepada Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Untuk makluman, aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar SMA Maarif dalam menggunakan bahan – bahan perpustakaan tanpa batasan waktu dan fizikal.
ANUGERAH KHAS EXXONMOBIL 2014
Tiga orang guru yg terlibat sebagai Fasilitator English Theme Park (ETP) telah menerima Anugerah Guru Unggul Exxonmobil Kategori Anugerah Khas pada satu majlis anjuran Exxonmobil di Riyaz Heritage Spa Resort Pulau Duyung, Kuala Terengganu pada 27 April 2015. Penerima Anugerah Khas tersebut adalah Pn. Rosliza Hamzah dari SK Mengabang Telipot,(ETP Kuala Terengganu), En.Mohd Razapi bin Abd. Ghani dari SMK Landas (ETP Kuala Berang)danSunita bt Mohd Ariffin ,SK Kemasek( ETP Kemasek). Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato Zubir Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






