20.09.2016 : Kakitangan PKG Peroh telah ke SK Pereh bagi menyelesaikan masalah configurasi internet dan membuat satu sambungan LAN dari makmal komputer ke pejabat sekolah dengan dibantu oleh kakitangan sekolah tersebut.
Perancangan Aktiviti
Wednesday, 21 September 2016
BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN TV PSS DAERAH HULU TERENGGANU
Bertempat di Bilik Seminar PKG Peroh telah diadakan Bengkel
Penyediaan Bahan TV PSS Daerah Hulu Terengganu Tahun 2016. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini iaitu 18.09.2016 - 19.09.2016
telah melibatkan 30 orang Guru Pusat Sumber Sekolah di bawah PKG Peroh
dan PKG Kuala Berang. Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Teknolgi Pendidkan I PKG Peroh iaitu En. Mohd Faizul Bin Omar. Antara slot bengkel pada hari pertama adalah
pengenalan TV PSS, mencipta nama dan logo untuk TV PSS, perkongsian
hasil nama serta logo TV PSS dan mendaftar akaun email dan channel
youtube untuk TV PSS. Pada hari kedua pula ialah pengenalan berkaitan
montaj TV PSS, mencipta montaj untuk TV PSS dan perkongsian hasil montaj
oleh peserta. Fasilitator yang terlibat adalah Pegawai Teknologi
Pendidikan II PKG Peroh dan PKG Kuala Berang.
![]() |
| Antara logo TV PSS yang berjaya dihasilkan oleh peserta |
Tuesday, 30 June 2015
PERHIMPUNAN BULANAN BTPN TERENGGANU
Perhimpunan Bulanan BTPN Terengganu telah diadakan pada 28 Jun 2015. Perhimpunan Bulanan kali ke empat untuk tahun ini melibatkan semua Pegawai Ikhtisas dan Staf Sokongan BTPN dan PKG Terengganu.Disamping mendengar ucapan daripada Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn.Hj.Alias bin Talib, sesi perkongsian ilmu turut diadakan yang telah disampaikan oleh Tn.Hj.Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan. Penyampaian cenderamata Hari Lahir oleh BAKEB turut diadakan pada hari itu.
SESI BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU
Satu Program Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu 2015 telah diadakan pada 23 Jun 2015 (Selasa) di Bilik Seminar, BTPN Terengganu. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin telah hadir pada program ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan memperkasakan transformasi pendidikan melalui teknologi pendidikan. Beliau mengucapkan tahniah di atas penglibatan BTPN Terengganu dalam bersama memartabatkan pendidikan di negeri ini.
NICTSeD : CyberSAFE Challenge Tropy 2015 Peringkat Negeri Terengganu
BTPN Terengganu, 28 Julai - Telah berlangsung satu pertandingan debat ICT anjuran Siber Security Peringkat Negeri Terengganu dimana 6 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Sekolah yang menyertai ialah SM Imtiaz Dungun, SMK Sultan Ismail 2 Kemaman, SMK Tengku Intan Zaharah Dungun, SM Sains Setiu, SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Sains Kuala Terengganu. Seramai 2 pegawai dari PPD dan 6 guru yang terpilih telah dilantik menjadi hakim dalam pertandingan tersebut. Johan pertandingan debat telah disandang oleh SMK Sultan Ismail 2, Kemaman mana naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tn Hj Alias bin Talib bersama wakil dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Tuesday, 2 June 2015
Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2014
Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2014 telah diadakan di Dewan Besar,BTPN Terengganu pada 30 Mac 2015 (Isnin).Majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada sekolah dan warga pendidik di negeri Terengganu .Sebanyak 24 Kategori hadiah telah disampaikan pada hari berkenaan oleh Yang Berhormat, En.Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu.
PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 23 – 26 Mac 2015bertempat di BTPN Terengganu. Setiap daerah telah menghantar empat orang wakil bagi mewakili daerah masing-masing di peringkat ini. Pemilihan ini diurus-setiakan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.Berikut adalah keputusannya.Kategori BM – sekolah Rendah,NURIN AISYA BT MAT YUSOF SK BUKIT PERAH ,Kategori BI – sekolah Rendah ADRIANA INSYIRA BT AZRAN AMIN SK SULTAN SULAIMAN I ,Kategori BI – sekolah Menengah MUHAMMAD SYAMIL HANAFI B. MOHD ZAMREE SMK TENGKU INTAN ZAHARAH ,Kategori BM – sekolah Menengah WAN MUHAMMAD AIMAN HAZIMIN B. WAN MOHD ZUFERI SMK SULTAN ISMAIL II
Subscribe to:
Posts (Atom)





















