Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Saturday 12 May 2012

Latihan Pengintegrasian eBOOK dan Kelas Maya Daerah Hulu Terengganu 2012

Latihan Pengintegrasian eBOOK dan Kelas Maya Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2012 yang lalu.
Latihan ini sepertimana kohort yang lalu dikendalikan oleh pegawai PKG dan lapan orang guru yang telah diberi latihan awal untuk mengendalikan latihan seumpama ini. Latihan telah dibuat secara sesi selari iaitu dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi pendedahan berkaitan mythware dan pengintegrasian media baru dalam penggunaan eBOOK di sekolah. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Wan Hassan, Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Semoga pendedahan ini akan memberi panduan kepada guru-guru Daerah Hulu Terengganu bagi merealisasikan penggunaan eBOOK dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Para peserta serta guru boleh mendapatkan bahan eBOOK serta kelas maya dengan memuat turun bahan disini.

No comments:

Post a Comment