Sekadar makluman bersama ahli-ahli PKG Peroh
ibu En.Mohd Soffi b. Othman,Guru Besar SK Felda Tersat
(bekas Pegawai BTPN Trg)
telah meninggal dunia pada jam 3.55 petang Jumaat
15 Jun 2012. Al Fatihah ……….
Perancangan Aktiviti
Saturday, 16 June 2012
Friday, 15 June 2012
Kursus Transformasi PTP PKG Zon Timur
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Zon Timur 2012 telah diadakan di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang pada 11-14 Jun 2012. Kursus yang disertai oleh hampir ke semua Pegawai Teknologi Pendidikan,Pusat Kegiatan Guru Zon Timur itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang pentingnya transformasi dalam organisasi dikalangan Pegawai PKG Terengganu dan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada peserta dalam pengurusan dan menghadapi cabaran pelanggan. Semasa kursus ini diadakan, beberapa siri ceramah juga diadakan seperti Ceramah Laluan Kerjaya oleh Pn Lok Yim Pheng dari NUTP, ceramah Kerohanian oleh Ustaz Mohd Saiful Azizi Shukri bin Mohd Kassim dari IAB dan ceramah Pengurusan Stress oleh iaitu YM Syed Putra Syed Ali dari IAB. Sesi lawatan Penanda Aras ke 3 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari dan SK Tuanku Fatimah turut diadakan semasa sesi kursus ini. Aktiviti seperti jungle tracking dan treasure hunt turut diadakan oleh pihak penganjur.
Inalillah hi wa inalillahi ro jiun....Sekadar memaklumkan bahawa En. Zaidan bin Jamaludin ,(26 September 1971 – 15 Jun 2012 ) iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPN Terengganu telah meninggal dunia pada jam 2.00 pagi 15 Jun 2012.
Al Fatihah..
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Sunday, 10 June 2012
Pemantauan BTPN Ke PKG Peroh 2012
En.Yusoff Bin Mis bersama En. Rufaifa Bin Abdullah dari unit PKG BTPN Terengganu telah melawat Pkg Peroh pada 05 Jun 2012. Lawatan ini adalah untuk memantau serta melihat keberkesanan pihak Pkg di dalam proses mencapai objektif seperti meningkatkan pengurusan Pusat kegiatan guru secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan dan keadaan fizikal iaitu susun atur dan keceriaan.
Sunday, 27 May 2012
Khidmat Bantu PSS SK Sungai Berua, Hulu Terengganu
Program
Khidmat Bantu PSS SK Sungai Berua, Kuala Berang telah dilaksanakan semalam 2
hari bermula 22hb Mei 2012 hingga 23 Mei 2012. Program ini telah di anjurkan
oleh UPSP untuk membantu sekolah dan GPM sekolah untuk memberi penambahbaikan
pusat sumber sekolah yang sedia ada.Peserta yang terdiri daripada pegawai BTPN,
PTP , FT17 dan GPM sekolah serta guru-guru SK Sg. Berua telah mengambil bahagian
dalam program yang bertujuan untuk menaiktarafkan PSS SK Sg. Berua.Hasil
daripada pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini telah dapat mencapai objektif
seperti Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan
khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal iaitu susunatur dan
keceriaan.
Saturday, 19 May 2012
MESYUARAT PENGURUSAN PKG PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2012
Selasa, 31.01.2012. Mesyuarat Pengurusan PKG Peringkat Daerah Hulu Terengganu kali pertama bagi tahun 2012 telah diadakan di PKG Kuala Berang yang mana telah dipengerusikan oleh Ketua PKG Daerah iaitu En Mazli bin Sa'ad, dihadiri oleh pegawai dan staf PKG Daerah. PPD telah mewakilkan En. Hasmasuhaimi b. Sulaiman@Hashim sebagai pegawai Votek PPD. Agenda dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan dengan hal-hal penggunaan pejabat dan struktur kerja dan perlaksanaan aktiviti yang telah dan akan diadakan pada tahun ini yang mana telah terkandung dalam sasaran kerja tahunan (SKT).
Saturday, 12 May 2012
Latihan Pengintegrasian eBOOK dan Kelas Maya Daerah Hulu Terengganu 2012
Latihan Pengintegrasian eBOOK dan Kelas Maya Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2012 yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


