Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Wednesday, 11 July 2012

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011 PERINGKAT BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN




Pada 8 hingga 11 Julai 2012, seramai 9 orang kakitangan BTPN dan PKG Terengganu telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011

Saturday, 7 July 2012

PROGRAM KERJASAMA BTPNT-JPNT-KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT



BTPN Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kedutaan Amerika Syarikat telah mengadakan Kursus English Language Specialist untuk guru-guru Bahasa Inggeris pada 4-8 Julai 2012 di BTPN Terengganu. Kursus ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas dan membantu pelaksanaan dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) di sekolah-sekolah negeri Terengganu. Seramai hampir 60 orang guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah menyertai kursus ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Sekolah Menengah Aras Potensi dan kumpulan Sekolah Rendah Elit.

LATIHAN EBOOK DAN KELAS MAYA SEKOLAH MENENGAH

  Latihan eBOOK dan Kelas Maya bagi sekolah menengah telah dilaksanakan pada 4-5 Julai 2012 bertempat di BTPN Terengganu. Bagi kohort ini, daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu (Utara), Marang dan Hulu Terengganu. Pengisian latihan adalah menjurus kepada pengintegrasian eBOOK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan di sekolah menengah. Pendedahan diberi kepada penggunaan mythware dan media baru. Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan perluasan penggunaan eBOOK di sekolah menengah.

LAWATAN MUHIBBAH KE PKG SERI PAYONG

Pada 3 Julai 2012 telah diadakan Lawatan Muhibbah ke PKG Seri Payong, Besut bagi meninjau kesihatan Pegawai Teknologi Pendidikan I, Encik Mamat bin Kifli. Rombongan diketuai oleh Tuan Haji Mohammad bin Harun selaku wakil BAKEP BTPN Terengganu serta beberapa pegawai BTPN Terengganu. Alhamdulillah kesihatan beliau beransur baik namun kesan sampingan menyebabkan pandangan beliau agak terhad dan menyukarkan untuk memandu kenderaan. Diharapkan beliau akan bertambah sembuh dan dapat bersama-sama dengan semua warga BTPN dan PKG Terengganu dalam semua aktiviti yang dijalankan.



MESYUARAT PELAPORAN PENCAPAIAN SKT SETENGAH TAHUN

Mesyuarat Pelaporan Pencapaian SKT Setengah Tahun 2012 BTPN Terengganu dan PKG Terengganu telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua pegawai BTPN Terengganu dan PKG Terengganu. Mesyuarat ini penting bagi memberi pandangan dan komen penjurusan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam setengah tahun pertama bagi tujuan penambahbaikan dalam menterjemahkan Sasaran Kerja Tahunan 2012 dalam merancang, melaksana, memantau, menilai, mengurus dan melapor pelaksanaan dasar teknologi pendidikan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pembestarian sekolah di peringkat negeri. Mesyuarat ini akan memberi peluang kepada pihak BTPN dan PKG Terengganu untuk menyemak semula pelaksanaan projek-projek pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat negeri bagi memastikan ianya bertepatan dengan matlamat projek.




Tuesday, 3 July 2012

KARNIVAL BUKU TERENGGANU


KURSUS PEMANTAPAN FT17 SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU

Kursus Pemantapan Juruteknik Komputer Sekolah Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di BTPN Terengganu bermula 25 hingga 27 Jun 2012 dan diurusetiakan oleh Unit Intervensi ICT, Kajian Penilaian. Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator daripada Unit Perkhidmatan ICT, PTP PKG Durian Burong dan FT17 PKG Peroh dan PKG Langkap. Kursus selama tiga hari ini memberi pendedahan tentang kemahiran ICT kepada Juruteknik Komputer Sekolah. Pendedahan yang diberikan berkaitan Peranan dan Tanggungjawab Juruteknik, Aplikasi Web Server, SSQS, STS, Google Documents dan kemahiran teknikal troubleshooting peralatan ICT. Semoga kursus yang dihadiri oleh 29 orang peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam tugas masing-masing.