Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Wednesday 11 July 2012

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011 PERINGKAT BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN




Pada 8 hingga 11 Julai 2012, seramai 9 orang kakitangan BTPN dan PKG Terengganu telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011
Peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menerima sijil anugerah tersebut. Majlis ini telah diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan penerima anugerah ini terdiri daripada Penolong Pengarah BTPN, Pegawai BTPN dan PKG Terengganu serta staf sokongan BTPN dan PKG Terengganu. Penyampaian sijil APC ini telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Puan Rosnani binti Mohamed Ali, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah dan semua Ketua Sektor, Ketua Unit BTP KPM dan Ketua – ketua Penolong Pengarah BTPN seluruh negara. Selain itu juga, majlis ini juga diisi dengan program Seminar Kecemerlangan Perkhidmatan BTP - BTPN 2012 sepanjang tarikh tersebut berlangsung.

No comments:

Post a Comment