Perancangan Aktiviti

SELAMAT DATANG KE WEBLOG PUSAT KEGIATAN GURU PEROH

Tuesday 24 July 2012

MESYUARAT PEMANTAPAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI PKG




Mesyuarat Pemantapan Pembestarian Sekolah untuk Pengerusi PKG Terengganu telah diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2012 di Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 59 orang peserta terdiri daripada Pengerusi JKPA PKG Terengganu, Pegawai VOTEK, Pegawai BTPN Terengganu dan PTP PKG Terengganu turut menghadiri mesyuarat tersebut. 
Mesyuarat ini antara fokus utamanya ialah untuk merapatkan hubungan BTPN Terengganu, PKG, Pengerusi PKG dan pegawai Votek,Pejabat Pelajaran Daerah untuk menjalinkan rangkaian kerja yang lebih mantap selain bertujuan untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan tentang pengurusan berkaitan dengan isu semasa. Antara pengisiannya ialah ceramah oleh Tn. Hj. Mohd Haliza Mohd Adnan, Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan, BTP Kuala Lumpur tentang penggunaan VLE dan SPS. Manakala Pn. Hajah Masdiyah Jemain, KPP BTPN Kelantan membentangkan ceramah tentang kejayaan Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab (1) dan motivasi bertajuk Mengapa Kita di Sini? Di samping itu, Lawatan Penanda Aras ke PKG Merkasa, Pasir Mas dan Perbengkelan Pemantapan Pengoperasian PKG turut diadakan.

No comments:

Post a Comment