Perancangan Aktiviti
Monday, 30 July 2012
PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH AHLI
30.7.2012, Isnin. PKG Peroh telah mengadakan pemantauan PSS dan ICT didua buah sekolah iaitu SK Felda Mengkawang dan SK Betong yang hanya melibatkan Guru ICT dan Guru Pustaka Media sahaja. pemantauan ini bertujuan untuk melihat penggunaan PSS dan ICT di sekolah dalam membentuk P&P di kalangan pelajar di sekolah tersebut secara tidak langsung memenuhi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PKG Peroh bagi tahun 2012.
Tuesday, 24 July 2012
MESYUARAT PEMANTAPAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI PKG
Mesyuarat Pemantapan Pembestarian Sekolah untuk Pengerusi PKG Terengganu telah diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2012 di Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 59 orang peserta terdiri daripada Pengerusi JKPA PKG Terengganu, Pegawai VOTEK, Pegawai BTPN Terengganu dan PTP PKG Terengganu turut menghadiri mesyuarat tersebut.
Monday, 23 July 2012
MESYUARAT PENGURUSAN GURU PENYELARAS BESTARI /ICT PKG PEROH 2012
15.7.2012, Khamis. PKG Peroh telah mengadakan Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari / ICT kepada guru-guru sekolah dibawah PKG Peroh yang mana telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Peroh
Sunday, 22 July 2012
PEGAWAI EXXONMOBIL MELAWAT ETP KUALA BERANG

Tuan Haji Farid bin Jaafar,Pengurus, Hal Ehwal Awam Dan Perhubungan Kerajaan, Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil Di Malaysia telah mengadakan lawatan tapak ke ETP Kuala Berang pada 18Julai 2012. En.Ahmad Jadid Jusoh (Ketua Unit Latihan) dengan bersama En. Ahmad Fuad bin Zakaria, Guru Besar SK Kuala Berang telah mengiringi beliau semasa lawatan itu yang bertujuan untuk meninjau progress pembinaan ETP Kuala Berang. Taklimat ringkas juga diadakan semasa tinjauan itu.
KURSUS PENGENDALIAN KHIDMAT BANTU PSS DI PKG UNTUK PTP PKG TERENGGANU

Seramai 22 orang PTP PKG Terengganu telah mengikuti Kursus Pengendalian Khidmat Bantu PSS di PKG bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 15 hingga 17 Julai 2012. Antara kandungan kursus tersebut adalah Pengenalan PSS Abad Ke-21 yang telah disampaikan oleh Encik Ruzlan bin Abd. Ghani, PTP 1 PKG Tengkawang. Slot yang kedua pula adalah Pengenalan Serta Teknikal (Troubleshooting) Aplikasi Sistem iQ-PSS dan i-NILAM yang dikendalikan oleh pembangun sistem itu sendiri iaitu Encik Mohamad Rosni bin Ahmad dan Puan Siti Sarinah bt. Sibun daripada Syarikat BIOS One Sdn. Bhd. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media yang mewakili KPP BTPN Terengganu.
Wednesday, 18 July 2012
KHIDMAT BANTU ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULUH 2012
18.07.2012, Rabu. Khidmat Bantu ICT PKG Hulu Terengganu telah diadakan selama 1 hari di SK Sungai Buluh yang mana melibatkan Juruteknik Komputer FT17 PKG Daerah iaitu PKG Kuala Berang, PKG Peroh dan PKG Tengkawang.
KURSUS PENGENDALIAN KHIDMAT BANTU PSS DI PKG PTP II TERENGGANU
Kursus Pengendalian Khidmat Bantu PSS di PKG untuk Pegawai
Teknologi Pendidikan II telah diadakan pada 15-17 Julai 2012 di Demong Beach
Resort, Besut Terengganu. Antara pengisiannya adalah Pusat Sumber Abad ke 21
yang disampaikan oleh En Ruzlan bin Abd Ghani (PTP 1 PKG Tengkawang)dan
pengenalan serta terknikal i nilam yang disampaikan oleh En Mohamad Rosni bin
Ahmad dan Pn Siti Sarinah binti Sibun dari BIOS ONE Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)


